Announcement

With an immediate effect:-

1. The blog owner will only post legal related articles in this blog.

2. The blog owner will not organize any legal related trainings and seminars.

Kindly be informed accordingly.

Thank you.

Friday, June 5, 2009

Apakah kesan apabila seseorang itu diisytiharkan bankrap?

Sedikit soal jawab mengenai kebankrapan... sumber:- http://www.insolvensi.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=59&Itemid=77

Bagaimanakah seseorang individu itu dihukum bankrap?
Seseorang individu boleh dihukum bankrap apabila gagal menyelesaikan hutangnya RM30,000.00 dan ke atas.

Apakah larangan-larangan terhadap si bankrap?
Si bankrap tidak boleh-
o dilantik sebagai Majistret atau Hakim Mahkamah Sesyen atau dinamakan atau dilantik sebagai Ahli Bandaran atau Badan Berkuasa Tempatan – Seksyen 36 & 37;
o meneruskan sebarang tindakan Mahkamah kecuali untuk kecederaan peribadi. Walau bagaimanapun, sebarang tindakan Mahkamah selain kecederaan peribadi boleh diteruskan dengan kebenaran Ketua Pengarah Insolvensi – Seksyen 38(1)(a);
o keluar negara tanpa mendapat kelulusan Ketua Pengarah Insolvensi atau mahkamah – Seksyen 38(1)(c);
o menjadi Pengarah Syarikat atau terlibat dalam pengurusan syarikat tanpa mendapat kelulusan Ketua Pengarah Insolvensi atau Mahkamah – Seksyen 38(1)(d);
o terlibat dalam syarikat atau menjadi pekerja syarikat yang dimiliki oleh pasangannya atau saudara-maranya tanpa mendapat kelulusan Ketua Pengarah Insolvensi atau Mahkamah – Seksyen 38(1)(e)

Bolehkah si bankrap membuka akaun bank?
Bagi Akaun Simpanan - Si bankrap dibenarkan untuk membuka akaun simpanan bagi tujuan kemasukan dan pengeluaran gaji sahaja. Permohonan untuk membuka akaun simpanan boleh dibuat di cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia di mana kes kebankrapan tersebut ditadbirkan.


Bagi Akaun Semasa - Si bankrap tidak dibenarkan untuk membuka akaun semasa bagi apa-apa jua tujuan.

Bagaimanakah si bankrap boleh membuat permohonan keluar negara?
Si bankrap hendaklah mengemukakan permohonan kepada cawangan di mana kes kebankrapan tersebut ditadbirkan. Borang permohonan ke luar negara boleh dimuat turun dari laman portal Jabatan Insolvensi Malaysia.+

Bolehkah fail kebankrapan dipindahkan daripada satu cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia ke cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia yang lain?
Sibankrap boleh membuat permohonan pemindahan fail ke cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia lain dengan mengemukakan permohonan ke cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia di mana fail ditadbirkan sekiranya dibuktikan alamat terkini si bankrap berada di dalam bidang kuasa mahkamah yang berhampiran dengan cawangan yang dipohon untuk dipindahkan.

Bolehkah si bankrap memindah milik hartanya?
o Si bankrap tidak dibenarkan memindah milik hartanya dalam tempoh kebankrapannya. Segala pindah milik yang dibuat oleh sibankrap dalam tempoh dua (2) tahun hingga lima (5) tahun sebelum Perintah Kebankrapannya boleh dibatalkan oleh Ketua Pengarah Insolvensi.
o Walau bagaimanapun, jika si bankrap ingin menjual/memindahmilik harta miliknya, si bankrap boleh membuat permohonan kepada Ketua Pengarah Insolvensi.

Bolehkah si bankrap membuat pembayaran terus kepada pemiutang-pemiutang untuk tujuan penyelesaian hutangnya?
Si bankrap tidak dibenarkan membuat sebarang pembayaran terus kepada pemiutang. Segala pembayaran hendaklah dibuat melalui Ketua Pengarah Insolvensi.

Bolehkah si bankrap mengerjakan haji dan umrah?
Si bankrap dibenarkan mengerjakan haji dan umrah dengan mengemukakan sebagaimana permohonan untuk ke luar negara. Walau bagaimanapun, kebenaran hanyalah diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh kebankrapannya.

13 comments:

sourplum said...

buka akaun simpanan bule agi ek
tp cm sgt terhad je
siannye org yg da bankrap

Rose said...

sourplum, utk org yg memang berhutang & lepas tu x dpt nak bayar hutang & kene bankrap, memang ini lah yg diorg kene tanggung...

tapi kesian kat org yg menjadi penjamin utk pinjaman2 bank... i.e. jamin org beli keter besar... jamin org amik biz loan besar2... jamin org amik personal loan besar2... jamin org amik study loan utk gi overseas (jumlah pinjaman ratusan ribu)... niat baik sebab nak bantu orang, tapi peminjam plak yg liat nak bayar & tak fikir pasal penjamin...

so, sesapa nak jadik penjamin, berhati2...

BLInK SHoPpe 101 said...

Jika rumah atas name dua orang (A dan B), A sudah lari ke luar negara, B tak dapat nak bayar house loan. Apa yang akan berlaku ke atas B? Jika A sudah lari dan disue bankrap, boleh tak dia balik ke M'sia? Hutang ke atas RM30K, jabatan berkenaan akan ambil berapa lama sue A bankrap?

Rose said...

Hi Blink Shoppe,

secara umumnya:-

A. Jika mahkamah dah isytiharkan A sbg bankrap, maka bila A balik ke Malaysia, dia akan kekal bankrap melainkan dia selesaikan pembayaran hutang melalui Jabatan Insolvensi. Hutang boleh diselesaikan secara berperingkat. Boleh hubungi Jab Insolvensi utk lapor diri & hadiri Creditor's Meeting.

2. Selalunya bila Bank masukkan tindakan kebankrapan ke atas peminjam, bank akan ambil tindakan yg sama ke atas penjamin - serentak. So, penjamin kena rujuk kpd Bank apa status penjamin buat masa ini.

3. Proses undang2 mengambil masa 1-2 tahun atau mungkin juga lebih lama dari itu utk bankrapkan seseorang. Ianya bergantung kpd bbrp faktor spt sama ada Judgment telah diperolehi/ belum, dokumen yg berkenaan lengkap/tak, berapa lama masa yg diambil utk serahkan notis kebankrapan dan sebagainya.

maklumat di atas hanya sbg panduan sahaja.

Rose said...
This post has been removed by the author.
PG said...

Salam Puan Rose.
Very good and informative blog.

ad said...

salam puan.. saya nk berinteraksi dgn pn secara tel. blh bg hp no?

Rose said...

Thanks PG for the comments.

Ad, my hp 019-2601503.

karadrith said...

hullo,
mcm contoh A&B yg kongsi nama atas satu rumah, tp mcm mn kalau si A diisytihar bankrap atas hutang yg lain. ape akan jadi pada rumah yg dishare atas name A&B.
2.ape pulak akan jadi pada A yg bekerja dgn kerajaan yg sdh hampir bersara.adakah pengisytiharan akan membawa kesan pada pencen, duit gratuiti dan "golden handshake"?

Rose said...

Karadrith,

1. Apabila seseorg itu diiystiharkan bankrap, dia akan dipanggil utk m'hadiri mesyuarat pemiutang di Pej. Pemegang Harta. Antara perkara yg perlu dibuat ketika mesyuarat ialah menyenaraikan semua harta yg dimiliki dan menyenaraikan semua pendapatan & juga hutang yg ada. Boleh rujuk Pej. Pemegang Harta utk maklumat lanjut. Artikel saya hanya sebagai garis panduan umum sahaja & ianya juga diperolehi dari laman web yg berkaitan.

2. kalau x salah saya, seseorang kakitangan kerajaan tidak boleh diisytiharkan bankrap. Ia boleh menyebabkan dia hilang pekerjaan. Sila rujuk arahan / pekeliling yg berkaitan.

Ahmad Fuad said...

salam kak.saya utang dgn bank 7ribu.alih2 saya utang dh 40knih.dh dekat 8 tahun kes saya ni baru saya tau semalam.ada org cakap bank kalau nak saman saya mesti dalam masa 6 tahun tu.tul ke?saya minta fullsettlement dia bg 18k minta jelaskan dlm satu bulan.atau 25k 2500 sebulan,atau bayar 40k plus itu ansuran...saya dah reason dengan org bank tu ckp mana nk cari duit 18k dlmsatu bulan..dua bulan boleh la,tp dia xnk.then dia ckp esok legal team nk pg court nk bangkrap kan saya...dan2 je esok nk pegi..tul ke kak.tp mmg nama saya ada kat bank negara.tp tak tau lah level brape...tolong la bagi nasihat apa yg patut saya lakukan...saya x nk bangkrap..saya nak bayar.tp bank mcm x nak bertolak ansur

Ahmad Fuad said...

salam kak.saya utang dgn bank 7ribu.alih2 saya utang dh 40knih.dh dekat 8 tahun kes saya ni baru saya tau semalam.ada org cakap bank kalau nak saman saya mesti dalam masa 6 tahun tu.tul ke?saya minta fullsettlement dia bg 18k minta jelaskan dlm satu bulan.atau 25k 2500 sebulan,atau bayar 40k plus itu ansuran...saya dah reason dengan org bank tu ckp mana nk cari duit 18k dlmsatu bulan..dua bulan boleh la,tp dia xnk.then dia ckp esok legal team nk pg court nk bangkrap kan saya...dan2 je esok nk pegi..tul ke kak.tp mmg nama saya ada kat bank negara.tp tak tau lah level brape...tolong la bagi nasihat apa yg patut saya lakukan...saya x nk bangkrap..saya nak bayar.tp bank mcm x nak bertolak ansur

Rose said...

ahmad fuad,

maaf saya tak tahu kes awak secara terperinci. sebaik2nya lantik peguam utk berurusan dgn bank & ke mahkamaha.