1. Pengenalan
Dari segi sejarah, urusan jual beli adalah merupakan satu bentuk hubungan ekonomi dan sosial yang telah lama wujud1. Bermula dari konsep pertukaran barangan (sistem barter) kemudiannya penggunaan kulit siput sebagai medium pertukaran, kini manusia telah mempunyai satu sistem kewangan yang maju dan canggih. Urusan jual beli bermaksud satu bentuk hubungan di antara pihak penjual dan pembeli yang melibatkan pertukaran barangan dan matawang. la berasaskan prinsip kehendak dan permintaan iaitu manusia sentiasa mahukan sesuatu samada untuk memenuhi keperluan atau untuk tujuan keselesaan hidup. Urusan jual beli adalah permulaan kepada sistem ekonomi di peringkat asas, ia akhimya akan membentuk satu kerangka ekonomi yang bersifat global dan lebih kompleks. Namun, semakin ia berkembang, pihak pembeli atau pengguna akan terus menerima kesan samada baik atau buruk. Golongan pengguna perlu dilindungi untuk memastikan supaya mereka tidak teraniaya. Undang-undang adalah salah satu cara untuk melindungi kepentingan pengguna, tetapi persoalannya, setakat mana ia mampu memberi perlindungan tersebut. Dalam skop perbincangan tentang perkara ini, kita akan mengkaji situasi urusan jual beli di negara ini untuk melihat setakat mana pengguna dilindungi. Sebelum kita membincangkan samada pengguna dilindungi atau tidak dalam urusan jual beli, terlebih dahulu kita harus mengenal-pasti siapakah yang dimaksudkan sebagai pengguna.
untuk membaca isi kandungan selanjutnya, sila klik link berikut:-
Untuk makluman, penulis kepada artikel ini adalah Encik Mohaji Selamat, Peguam Persekutuan, Bahagian Guaman, Jabatan Peguam Negara dan merupakan Pemenang Tempat Pertama Pertandingan Menulis Makalah Undang-Undang dalam Bahasa Melayu 2002.

0 comments:
Post a Comment