Announcement

With an immediate effect:-

1. The blog owner will only post legal related articles in this blog.

2. The blog owner will not organize any legal related trainings and seminars.

Kindly be informed accordingly.

Thank you.

Friday, June 5, 2009

Apakah kesan apabila seseorang itu diisytiharkan bankrap?

Sedikit soal jawab mengenai kebankrapan... sumber:- http://www.insolvensi.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=59&Itemid=77

Bagaimanakah seseorang individu itu dihukum bankrap?
Seseorang individu boleh dihukum bankrap apabila gagal menyelesaikan hutangnya RM30,000.00 dan ke atas.

Apakah larangan-larangan terhadap si bankrap?
Si bankrap tidak boleh-
o dilantik sebagai Majistret atau Hakim Mahkamah Sesyen atau dinamakan atau dilantik sebagai Ahli Bandaran atau Badan Berkuasa Tempatan – Seksyen 36 & 37;
o meneruskan sebarang tindakan Mahkamah kecuali untuk kecederaan peribadi. Walau bagaimanapun, sebarang tindakan Mahkamah selain kecederaan peribadi boleh diteruskan dengan kebenaran Ketua Pengarah Insolvensi – Seksyen 38(1)(a);
o keluar negara tanpa mendapat kelulusan Ketua Pengarah Insolvensi atau mahkamah – Seksyen 38(1)(c);
o menjadi Pengarah Syarikat atau terlibat dalam pengurusan syarikat tanpa mendapat kelulusan Ketua Pengarah Insolvensi atau Mahkamah – Seksyen 38(1)(d);
o terlibat dalam syarikat atau menjadi pekerja syarikat yang dimiliki oleh pasangannya atau saudara-maranya tanpa mendapat kelulusan Ketua Pengarah Insolvensi atau Mahkamah – Seksyen 38(1)(e)

Bolehkah si bankrap membuka akaun bank?
Bagi Akaun Simpanan - Si bankrap dibenarkan untuk membuka akaun simpanan bagi tujuan kemasukan dan pengeluaran gaji sahaja. Permohonan untuk membuka akaun simpanan boleh dibuat di cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia di mana kes kebankrapan tersebut ditadbirkan.


Bagi Akaun Semasa - Si bankrap tidak dibenarkan untuk membuka akaun semasa bagi apa-apa jua tujuan.

Bagaimanakah si bankrap boleh membuat permohonan keluar negara?
Si bankrap hendaklah mengemukakan permohonan kepada cawangan di mana kes kebankrapan tersebut ditadbirkan. Borang permohonan ke luar negara boleh dimuat turun dari laman portal Jabatan Insolvensi Malaysia.+

Bolehkah fail kebankrapan dipindahkan daripada satu cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia ke cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia yang lain?
Sibankrap boleh membuat permohonan pemindahan fail ke cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia lain dengan mengemukakan permohonan ke cawangan Jabatan Insolvensi Malaysia di mana fail ditadbirkan sekiranya dibuktikan alamat terkini si bankrap berada di dalam bidang kuasa mahkamah yang berhampiran dengan cawangan yang dipohon untuk dipindahkan.

Bolehkah si bankrap memindah milik hartanya?
o Si bankrap tidak dibenarkan memindah milik hartanya dalam tempoh kebankrapannya. Segala pindah milik yang dibuat oleh sibankrap dalam tempoh dua (2) tahun hingga lima (5) tahun sebelum Perintah Kebankrapannya boleh dibatalkan oleh Ketua Pengarah Insolvensi.
o Walau bagaimanapun, jika si bankrap ingin menjual/memindahmilik harta miliknya, si bankrap boleh membuat permohonan kepada Ketua Pengarah Insolvensi.

Bolehkah si bankrap membuat pembayaran terus kepada pemiutang-pemiutang untuk tujuan penyelesaian hutangnya?
Si bankrap tidak dibenarkan membuat sebarang pembayaran terus kepada pemiutang. Segala pembayaran hendaklah dibuat melalui Ketua Pengarah Insolvensi.

Bolehkah si bankrap mengerjakan haji dan umrah?
Si bankrap dibenarkan mengerjakan haji dan umrah dengan mengemukakan sebagaimana permohonan untuk ke luar negara. Walau bagaimanapun, kebenaran hanyalah diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh kebankrapannya.

Wednesday, June 3, 2009

Kursus Pengurusan & Perancangan Kewangan Peribadi Komprehensif

Maklumat Kursus:-

Nor Azmi Omar, seorang Perancang Kewangan Bertauliah akan mengendalikan satu kursus pengurusan dan perancangan kewangan peribadi pada:-

Tarikh : 27 Jun 2009 @ Sabtu
Masa : 9.30 pagi - 1.30 ptg
Lokasi : 3-1-1, Jln Medan PB1A Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor (sebelah Kopitiam Bangi)
Bayaran : RM50 (sebelum 24 Jun 2009) , RM70 (selepas 24 Jun 2009)

Pelbagai panduan pengurusan dan perancangan kewangan akan diberikan dalam kursus ini.

Untuk pendaftaran kursus, sila buat pembayaran ke:

Akaun Maybank Nor Azmi Omar - 1143 3900 2928 atau
Akaun CIMB Smart Planner Biz Svc - 1258 0000 2211 01

Sila berikan maklumat iaitu nama, no HP dan alamat ke emel norazmi88@yahoo.com

Maklumat lanjut sila layari:-

http://smartplannerbiz.blogspot.com/

Maklumat mengenai En. Nor Azmi Omar:-

En Nor Azmi Omar merupakan seorang Perancang Kewangan Bertauliah (CFP) & memegang ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Setelah 7 tahun membina kerjaya di dalam industri pembrokeran saham, beliau menjadi konsultan sepenuh masa untuk industri amanah saham, takaful & pengagihan harta bersama beberapa syarikat kewangan seperti CIMB, Etiqa & sebagainya.

Kini beliau menubuhkan Smart Planner Biz Services yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC)untuk memberi nasihat kewangan peribadi kepada pelanggan individu & korporat. Di antara bidang pegkhususan nasihat kewangan yang disediakan ialah Pengurusan Tunai, Penstrukturan Semula Hutang, Perancangan Pelaburan, Perancangan Perlindungan Takaful, Pengurusan Pembahagian Harta, Wasiat & Hibah, Perancangan Cukai, Zakat serta Program Perancangan Kewangan Menyeluruh.

Pelbagai jenis seminar dan kursus pengurusan kewangan telah dilaksanakan di pelbagai organisasi & juga yang dibuat secara terbuka untuk orang ramai.